IPOH CREW GROUP MEMBER

CREATED BY RPJJ STUDENTS OF UNIVERSITY SCIENCE MALAYSIA ( USM ) JTP401

TAJUK TUGASAN : ETIKA DALAM PERNIAGAAN

IPOH CREW GROUP MEMBERS

1. MOHD SHAIPULNEZAM B ISMAIL @ ISA JG 4713/10

2. NORAINI BT HASSAN JG 8805/10
3. AMI SHAHIDA BT AHMAD SHAFIEE JG 4471/10
4 . ROSLIZA BT MOHD LUDIN JG 4907 /10
5. WAN NOR HASHIMAH BT WAN HASHIM JG 4391/09
6. MUHAMMAD FARITH B MUHAMMAD PAUZI JG 4064/09
7. MOHD SYAMSUL AZAHAR B MUHAMED YUSOP JG 3469/08
8. YUSMAWATI BT BAKIM JG 5032/10
9. HASRUL B HASHIM JG 2998/07
10 .NOROSLIYANA BT MOHD ROSLI JG 4835/10
11 .LENNY BT SALAMAT JG 5259/11

12. EZANAZIHA BT ABDULLAH JG 5161/11
EDUCATION FOR THE WHOLE OF LIFE .THE PAINT WILL CURE IF YOU MAKE A USE OF EDUCATION .

Friday, 7 February 2014

DEFINISI ETIKA PERNIAGAAN MENURUT COOP MART ( KEDAI COOP 1 MALAYSIA )

DEFINISI ETIKA PERNIAGAAN


    Secara umumnya etika perniagaan adalah prinsip moral yang standard
mengenai kelakuan perniagaan adalah prinsip moral yang standard yang
diamalkan oleh komuniti peniaga dan diterima oleh masyarakat yang
berurusan dengannya sebagai suatu perlakuan yang adil (fair conduct) di
dalam operasi perniagaan.
      Pada 8 November 1983, Etika Amalan Perniagaan Malaysia (EAPM) telah
dilancarkan oleh Menteri Perdagangan dan Perindustrian Malaysia dan
pada 12 November 2007, Kod Etika Perniagaan Malaysia (Kod EPM) telah
dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan. Etika ini merupakan usaha kerajaan untuk menimbulkan
satu kesedaran di kalangan para peniaga supaya mempunyai
tanggungjawab moral dan sosial. Etika perniagaan adalah penting
kerana ia dapat memantapkan perhubungan dan kepercayaan dalam
urusan perniagaan.
    Beberapa contoh keadaan perlakuan perniagaan yang tidak beretika
adalah seperti peniaga menjual barang yang kurang berkualiti,
mengenakan harga yang tidak munasabah dan tinggi dan/atau
mengurangkan timbangan barangan yang dijual. Ini dikatakan kurang
beretika dan dicegah oleh undang-undang.

KEDAI COOP 1 MALAYSIA ( COOP MART )

ORGANISASI YANG CEMERLANG , GEMILANG & TERBILANG

Tuesday, 28 January 2014

FIKIRKAN SEJENAK ........DUIT ............ ?

FIKIRKAN SEJENAK ............

Setiap manusia pasti memerlukan duit dalam kehidupan seharian .Nak beli itu ... nak beli ini .... gaget terkini ... baju yang lawa dan sebagainya .... Tapi adakah kejayaan akan tercapai jika tiada duit ?. Adakah masa depan kita akan terjamin jika tiada duit ? .... Bagaimana generasi kita yang seterusnya .. dapatkah mereka survival tanpa duit yang kita cari pada hari ini ? .


Ya , memang tidak dapat dinafikan yang duit itu memang penting ... Tapi apa yang lebih penting adalah DUIT  iaitu  Doa .. Usaha ...Ikhtiar  ... Tawakal  . 

Kita harus DOA kepada Allah swt setiap selepas solat atau ibadah yang kita lakukan meminta dipermudahkan segala urusan .
Kita harus USAHA sebagai tanda kesungguhan kita terhadap apa yang didoakan.
Kita harus IKHTIAR mencari jalan yang terbaik terhadap apa yang kita inginkan
Kita harua TAWAKAL terhadap apa yang kita doakan , usahakan serta ikhtiarkan


Dengan ini pasti Allah swt permudahkan serta memberi pertolongan kepada apa yang kita hajati selagi iannya tidak bertentangan dengan syariat dan ajaranNya.

Tetapi disini , persoalannya adakah kita cukup berDUIT terhadap Allah swt untuk kita mencapai kejayaan? Jika jawapannya TIDAK  jangan salahkan Allah swt jika kita sentiasa tidak mendapat kejayaan terhadap apa yang kita inginkan ....

Nukilan : Shaipulnezam

CONTOH SOALAN DAN RINGKASAN JAWAPAN ETIKA PERNIAGAAN



SOALAN DAN RINGKASAN JAWAPAN BERKAITAN ETIKA DALAM PERNIAGAAN.

1.      Kajian etika  meliputi perkara-perkara?
Kajian Etika meliputi tiga pendekatan iaitu :-
a.       Utilitarian – faedah terbaik untuk bilangan terbesar.
b.      Individualisme – kepentingan individu apabila membuat keputusan.
c.       Keadilan – pemimpin mestilah adil dan saksama.

2.      Apakah faktor utama Yusuf Qardhawi (1997) dalam membicarakan tentang peraturan dalam sistem Ekonomi Islam?
Faktor utama yang dibicarakan beliau adalah ketuhanan, etika, kemanusiaan, dan sikap pertengahan.

3.      Apakah konsep pemeliharaan alam dalam Etika Perniagaan Barat?
Konsep pemeliharaan alam dalam Etika Perniagaan Barat merangkumi dua perspektif:-
a.       Perspektif Utilitarian – manusia mesti membuat penilaian tentang kebaikan dan keburukan dengan melihat semua yang terlibat dalam jangka pendek dan panjang.
b.      Perspektif Deontologikal – manusia mesti menilai setiap aktiviti sama ada ia melanggar hak-hak individu ataupun tidak.




4.      Pandangan Etika Perniagaan Barat terhadap pekerjaan?
Menurut falsafah Greek – Aristotle membicarakan Etika Perniagaan terhadap pekerjaan adalah teori keperibadian mulia dalam pekerjaan. Dengan kata lain, ‘The Golden Mean’ iaitu mencari kebaikan bekerja dalam keadaan keseimbangan.

5.      Apakah kebaikan dalam Etika Perniagaan Islam seperti digariskan Imam Al-Ghazali?
Di antara kebaikan yang diperolehi dalam Etika Perniagaan Islam seperti yang digariskan Imam Al-Ghazali adalah :-
a.       Aliran pasaran dan pemasaran berjalan lancar.
b.      Tidak berlaku penipuan
c.       Tidak berlaku penganiayaan terhadap pengguna.
d.      Dapat menggalakan persaingan konsruktif di kalangan perniaga.

NOTA RINGKAS - JENIS PEDEKATAN TINDAKAN BERETIKA

A. Pendekatan Utilitarian

  • - Diperkenalkan oleh ahli falsafah JEREMY BENTHAM dan JOHN STUARD MILL
  • - Menekankan konsep " FAEDAH TERBAIK UNTUK BILANGAN TERBESAR "
  • - Faedah kepada golongan majoriti diutamakan berbanding minoriti .
  • - Contohnya : - Pembinaan sebuah empangan menyebabkan perpindahan 100 orang penduduk    tetapi   pembinaan tersebut memberi kebaikkan kepada 1juta orang penduduk . Oleh itu , pembinaan empangan tersebut harus dibina.


B. Pendekatan Individualisme.

  • - Mengutamakan individu apabila membuat keputusan .
  • - Mengutamakan kebebesan dan kepentingan diri serta membawa kebaikkan maksimum kepada individu dam pembuat keputusan .
  • - Contohnya :
  •  - Pemberian insentif kepada penjual kereta yang membuat jualan tertinggi , menyebabkan semua pekerja berusaha mengatasi target jualan dan bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan insentif tersebut.

C. Pendekatan Keadilan 

  • - Seseorang pemimpin atau pengurus haruslah adil dan saksama dalam membuat keputusan dimana  keadilan yang dimaksudkan adalah keadilan biasa .
  • - Contohnya ,kerajaan menetapkan harga sekilo tepung adalah RM 1.35 , tetapi pasar raya menjual dengan harga RM1.20 kerana ia mendapati harga ini adalah berpatutan setelah mengambil kira  keuntungan.
  • - Contoh lain adalah , setiap pekerja lelaki dan wanita harus dibayar pada  kadar upah yang sama untuk setiap kelayakkan yang sama mereka perolehi menjadi satu polisi  sesebuah organisasi atau syarikat .

D. Pendekatan Hak Moral .

  • - Setiap individu mempunyai hak moral atau kebebesan yang tidak boleh diputuskan oleh orang lain .
  • - Contohnya hak untuk memberi pendapat , hak untuk hidup dalam keadaan aman dan hak untuk privasi .

Monday, 27 January 2014

CONTOH SOALAN ETIKA PERNIAGAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 1999 / 2000
 September 1999
 ATP 391 
. ETIKA PERNIAGAAN
Masa: [3 Jam]

1.  Bincangkan konsep "beretika" daripada perspektif moral dan huraikan apakah faktorfaktor
     yang menentukan pembentukan "sifat-sifat beretika" seseorang individual itu?
[25 markah]

2. Berdasarkan Prinsip Keadilan Rawl, adakah sistem kapitalist itu boleh
    dijustifikasikan atau sebaliknya ianya lebih releven di dalam kontek sistem sosialist?
    Bincangkan. Bagi setiap penghujjahan gunakan Prinsip-prinsip Rawl.
[25 markah]

3. Kenalpastikan prinsip-prinsip asas falsafah Etika Islam. Dengan menggunakan
    contoh-contoh bincangkan bagimanakah ianya diapplikasikan di dalam dunia
    perniagaan?
[25 markah]

4. Apakah peranan iklan di konteks "konsep pemasaran"? Daripada perspekfif ekonomi
    aktiviti pengiklanan telah dikatakan sebagai pembaziran, tidak cekap, menghalang
    persaingan yang sihat dan menjuruskan perniagaar ke arah situasi monopoli.
    Adahkah ini benar? Bincangkan.
[25 markahl

5. Dengan berpandukan nota kuliah anda berikan definasi "whistle-blowing"? Huraikan
    7 isu utama yang berkaitan dengan definasi ini dan kenalpastikan apakatr persoalanpersoalan
    yang perlu dipertimbangkan sebelum tindakan ini diambil.
[25 markah]

6. Anda adalah Eksekutif Daya Tenaga Manusia sebuah kilang pembuat tayar kereta di
    Lembah Kelang. Kegawatan ekonomi telah menjejaskan prestasi firma anda.
    Lembaga Pengarah telah mengambil keputusan untuk berpindah ke Kuala
    Tembeling, Jerantut Pahang. Ramai daripada kakitangan anda telah bertapak di
    Lembah Kelang, isteri mereka bekerja di firma yang berasingan dan anak-anak
    mereka ada yang bersekolah di sekolatr-sekolah yang temama. Menyedari
   pemasalahan ini anda merasakan Lembaga Pengarah perlu memikirkan semula
   keputusan mereka dan tidak hanya bergantung kepada persoalan o'cost-benefit" unfirk
   membuat keputusan. Bagaimanakah anda akan menguruskan pemasalatran ini
   dengan berpandukan teori "deontological"?
[25 markah]


RUJUKAN :

SOALAN INI DI AMBIL DARIPADA PEPERIKSAAN SEMESTER  PERTAMA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA ( USM ) BAGI SIDANG AKADEMI 1999/2000.

DOA SEBELUM MEMULAKAN PERNIAGAAN / KERJA


KATEGORI PENGURUS DALAM ORGANISASI


Nilai Inovasi, Kreativiti Perlu Dalam Keusahawanan


INOVASI dan kreativiti adalah nilai kemahiran yang perlu ada dalam diri usahawan berjaya. Kemahiran kreatif yang ada pada usahawan adalah faktor utama yang membezakan mereka dengan individu lain.

Usahawan tidak hanya menjalankan aktiviti perniagaan semata-mata tetapi mereka juga memanipulasikan segala sumber yang ada secara optimum untuk memaksimumkan produktiviti secara efektif. Nilai itu secara tidak langsung dapat membantu usahawan mengembangkan idea baru untuk mencari kaedah terbaik dalam melihat masalah dan peluang. 



Nilai inovasi pula ialah daya keupayaan dan kebolehan yang ada pada usahawan untuk mengaplikasikan idea kreatif terhadap masalah dan peluang untuk meningkatkan produktiviti dan prestasi.

Sarjana Barat seperti Drucker dalam karyanya Classic Drucker memberi takrifan nilai inovasi sebagai fungsi khusus yang ada pada usahawan. Ia bertindak sebagai alat kepada usahawan untuk mencipta sumber baru bagi menghasilkan kekayaan atau memberi nilai tambah kepada potensi sumber sedia ada dengan tujuan mencipta kekayaan.

Usahawan yang memiliki nilai itu mempunyai kecenderungan untuk menyelesaikan permasalahan dihadapi secara kritis dan meneroka peluang yang wujud bagi memakmurkan kehidupan manusia secara harmoni.

Ajaran Islam menyeru umatnya terutama golongan usahawan supaya memberi keutamaan terhadap nilai inovasi dan kreativiti dalam memenuhi keperluan aktiviti keusahawanan. Pada hakikatnya, Allah SWT menganugerahkan pelbagai sumber untuk kelangsungan kehidupan manusia. Namun begitu, pada skala yang lebih umum ia tidak dapat menampung keperluan manusia secara sempurna sekiranya hasil mahsul berkenaan tidak dimanipulasikan secara lestari.

Oleh yang demikian, ia menjadi peranan dan tugas golongan usahawan untuk mengaplikasikan nilai kreatif dan inovasi yang ada pada diri mereka bagi membantu menyelesaikan sebahagian keperluan yang diperlukan oleh masyarakat. Atas kepentingan itulah, keusahawanan Islam memberi galakan kepada pengusaha supaya berfikiran kritis sebagai nilai berkualiti yang perlu ada pada individu usahawan.

Tuntutan ini digarap melalui firman Allah dalam al-Quran iaitu maksudnya: "Dialah yang 


menjadikan bumi bagimu mudah digunakan, maka berjalanlah di merata penjurunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah kamu dibangkitkan hidup semula." (al-Mulk:15)

Dalam pengertian ayat berkenaan, Ibn Kathir dalam tafsirnya Tafsir al-Quran al-`Azim mengulas bahawa Allah SWT menyeru kepada umat manusia supaya berusaha memanfaatkan rezeki yang dianugerahkan-Nya di seluruh pelusuk bumi. Rezeki yang diberikan itu lebih luas pengertiannya sebagaimana difahami manusia.

Rezeki bukan hanya bersifat harta yang dimiliki seseorang untuk memenuhi keperluan dan kesenangannya, namun ia merangkumi sesuatu yang diamanahkan Allah SWT di muka bumi iaitu jalan dan kandungan rezeki. Dalam pada itu, sebagai usahawan golongan ini perlu peka dan sentiasa melihat sumber dianugerahkan oleh Allah daripada perspektif yang inovatif supaya dapat ditambah nilai kepada sesuatu perkara berfaedah menurut kehendak syarak dan memenuhi kepentingan umum.

Oleh itu, melihat kepada kepentingan dan faedah berkenaan, keusahawanan Islam begitu menggalakkan kepada pengusaha Muslim supaya mengaplikasikan nilai kreativiti dan inovasi dalam aktiviti perusahaan yang dijalankan.

Berteraskan kepada nilai ini, ia dapat merangsang pengusaha supaya berfikiran di luar kotak dan berpandangan jauh mencipta sesuatu yang baru dan memberi kemudahan kepada umat manusia. Di samping itu, pengusaha juga perlu menggiatkan aktiviti penyelidikan untuk mendapatkan penemuan bersifat semasa yang dapat menampung keperluan umat Islam.

Tambahan lagi, dalam keusahawan moden kini, ia menuntut usahawan Muslim untuk meraih peluang yang wujud dalam pelbagai bidang keperluan masyarakat Islam seperti bidang makanan, pertanian, perubatan, pembinaan, perindustrian, reka bentuk dan sebagainya untuk menjadi peneraju kepada bidang berkenaan.

Malah sejarah peradaban umat Islam silam merekodkan bahawa pencapaian umat Islam dalam era keemasan dulu dipacu nilai inovasi dan kreativiti yang dintegrasikan dengan nilai rohaniah tinggi.

Keunggulan umat Islam terdahulu dalam pelbagai bidang termasuklah keusahawanan disebabkan sikap proaktif dan dinamik dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Mereka sentiasa meletakkan matlamat melaksanakan sesuatu perkara untuk memberi faedah kepada orang lain di samping mencari keberkatan daripada Ilahi. Bergerak dengan semangat itu, maka lahirlah usahawan Muslim yang hebat seperti Nabi Muhammad SAW, Sayyidatina Khadijah, Abdul Rahman bin Auf dan ramai lagi.

Oleh yang demikian, jelaslah bahawa nilai inovasi dan kreativiti sinonim dengan usahawan Muslim berjaya. Nilai inilah ciri yang ada pada usahawan berjaya. Tanpa nilai itu, usahawan terbabit sukar mengorak langkah dengan lebih jauh. Pemikirannya dijumudkan dan mematikan motivasi dirinya untuk melangsungkan daya saingnya dalam dunia keusahawan.

Dunia keusahawanan menuntut kepada pengusaha untuk berfikiran melangkaui batas pemikiran yang ada pada manusia biasa. Inilah kelebihan pada seseorang usahawan dan membezakannya dengan yang lain. Mereka begitu peka dan sensitif dengan persekitaran dan sebarang bentuk keperluan untuk menyesuaikan dengan strategi dan perancangan yang konkrit bagi memaju serta mengembangkan sebarang bentuk empayar perdagangan yang diusahakan.

Keusahawanan Islam menekankan kepada usahawan supaya mempraktikkan nilai yang dapat memberi pulangan positif terhadap aktiviti yang diusahakan. .