# Peraturan yang membatasi gelagatmanusia
# Bahasa Greek `Ethos'
EtikaPerniagaan
# Prinsip-prinsip moral yang standard kelakuan perniagaan
# Set nilai dan peraturan yang merangkumi peraturan yang baik atau buruk di dalam operasi perniagaan
Definisi Etika Perniagaan.
Etika perniagaan adalah prinsip-prinsip moral yang standard kelakuan perniagaan yangditerima oleh komuniti peniaga dan dunia perniagaan. Ia merupakan satu set nilai danperaturan yang merangkumi peraturan yang baik atau buruk di dalam operasiperniagaan. Pada kebiasaannya pihak kerajaan, orang ramai, pesaing dan individumenentukan apa yang boleh diterima umum. Sebagai contoh, seorang usahawan yangberetika pada kebiasaannya adalah seorang yang jujur dan amanah.Pada 8 November 1983, Etika Amalan Perniagaan Malaysia (EAPM) telah dilancarkanoleh Menteri Perdagangan dan Perindustrian Malaysia. Etika ini merupakan usahakerajaan untuk menimbulkan satu kesedaran di kalangan para peniaga supayamempunyai tanggungjawab moral dan sosial. Etika ini diwujudkan kerana desakanpergerakan yang menyatakan terhadap peningkatan berbagai amalan yang tidak sihat,contohnya perkhidmatan yang tidak memuaskan dan pembaziran barangan dalampasaran.Etika perniagaan adalah penting kerana ia akan menyesuaikan perniagaan dengan nilaidan jangkaan masyarakat. Usahawan dan perniagaan dijangka mematuhi Akta danUndang-undang tempatan. Selain daripada peraturan dan akta perniagaan, keputusanberetika dapat menguatkan perhubungan dan Kepercayaan dalam dunia perniagaan.Keputusan perniagaan yang tidak beretika bukan sahaja menghilangkan kepercayaanpelanggan tetapi juga melemahkan perniagaan di kemudian hari kelak.Contoh keadaan perniagaan tang tidak beretika adalah seperti sesetengah penjualyang mengenakan harga yang berlainan terhadap pelanggan yang berlainan. Ini biasaberlaku di pasar malam atau kedai runcit. Ini dikatakan kurang beretika dan dilarangoleh undang-undang.
No comments:
Post a Comment